Showing posts with label CINTA DAN KASIH SAYANG. Show all posts
Showing posts with label CINTA DAN KASIH SAYANG. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN

Align Center
1. Menyahkan Zat Berbahaya dari Tubuh Badan.

Menangis merupakan kaedah semula jadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.


2. Meningkatkan Kadar Degupan Jantung.

Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Kembali perlahan sehingga menimbulkan keadaan yang sangat tenang.


3. Menghalang Penyakit.

Satu kajian oleh Universiti Temple, Amerika Syarikat kepada 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Hasil kajian mendapati jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidap penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.


4. Membebaskan racun dari Badan.

Arthur Frank, seorang ilmuan Amerika Syarikat, "Oleh sebeb air mata mengeluarkan unsur-unsur dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti membiarkan tumbunya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki keran perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan."

Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.


5. Air Mata mengandungi 25% protien.

kijian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika Manangis.

Saturday, May 1, 2010

Ayat-ayat Penipu Cinta

Ayat-ayat Penipu Cinta: "Saya tak kisah rupa awak. Asalkan awak boleh jadi lelaki yang bertanggungjawab, saya sedia terima".
Ayat-ayat Sebenar: "Saya tak kisah rupa awak. Asalkan awak boleh TANGGUNG saya, sudah cukup."

Ayat-ayat Penipu Cinta: "Itu abang angkat saya."
Ayat-ayat Sebenar: "Itulah boyfren saya yg ANGKUT saya ke sana ke mari."

Ayat-ayat Penipu Cinta: "Saya sukakan lelaki yg selalu bagi kejutan."
Ayat-ayat Sebenar: "Saya sukakan lelaki yang selalu bagi HADIAH YANG MAHAL-MAHAL."

Ayat-ayat Penipu Cinta: "Saya sukakan lelaki yang memahami. Jika memiliki kekasih yang memahami, hubungan akan kekal."
Ayat-ayat Sebenar: "Saya sukakan lelaki yang memahami kehendak saya. Jika memiliki kekasih begini saya sanggup utk BERSAMA LAMA. Satu kerana dia tahu apa beg kesukaan saya. Kedua dia tahu saya suka makan di mana dan dia akan belanja saya. Dan yang paling penting dia tahu belikan mana satu jenama baju kegemaran saya!"

Ayat-ayat Penipu Cinta: "Saya sukakan lelaki yang tidak boros dan cermat."
Ayat-ayat Sebenar: "Saya sukakan lelaki yang tidak boros dan cermat, supaya saya boleh KIKIS SIMPANAN mereka!"

Ayat-ayat Penipu Cinta: "Saya tak boleh reply, kredit habislah bang. Tadi call mak di kampung. Nak top-up duit takde. Abang boleh top-up kan?"
Ayat-ayat Sebenar: "Kredit dah habis sbb bergayut dgn jantan lain tadi. Abang boleh top-up kan?"

Disadur dari Ayat-ayat Cinta Penipu yg pernah disiarkan dalam Mastika edisi Januari 2009.

Monday, April 12, 2010

MENGAPA MENCARI CINTA?


Salam…untuk renungan semua…

Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga.

Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu cinta sejati. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai “Mr Right” atau “Ms Right” mereka.

Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka “betul-betul mengenali” individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta.

Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu.

Ada pula yang terlampau “bahagia” sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah.

Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi
kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah.

Bersambung.......

P/s : Sebelum saya meneruskan perbincangan ini dengan topik yang lebih menarik tentang cinta. Mari kita berhibur dahulu..hehehehe..

mane boleh tension2 and banyak sangat berfikir kan?!!!..

Semoga Terhibur..





SONG'S TRANSLATION :

声をきかせて (Let Me Hear Your Voice)

The rain just now has stopped
The smell of asphalt is floating around the city
Hey, over there too, the weather is fine already right?
For I heard the weather has cleared up from the west (***)
Since you’re not a morning person
Everyday, will you be able to wake up properly?
I’m still worried about things like that

The sky still spreads so freely
Although nothing has changed
Right now, just that… it’s only just that you are not by my side

Let me hear your voice
If we become honest, surely
We'll be able to understand each other
Please open your heart
Let me hear your voice
The path we have come is, for us, definitely
An important STEP to that future

The first time I met you was
Around this season right?
The light up street was
Glowing beautifully
The crybaby-you, from that time on, often
Laid your forehead on my shoulder
You were crying right? That extreme warmth
From your touch on my shoulder

Everyone lives, carrying his own worry
Desperately holding his broken heart

Let me hear you voice
If we become more kind
We'll be able to love each other
Don’t avert my eyes
Let me hear your voice
Let's get over those entwined anxieties and loneliness
The feelings of this moment become our bond

Yeah, Since you went away hasn't been the same
In my heart all i got is pain
Could it be that i play the game
To loose you, i can't maintain
Sunlight moonlight you lit my life
Realize in the night while love shines bright
Can't let you go we were meant for forever baby let me know

Days passed without you can't forget you
Letting me be the cloud hanging above me
Raining on me missing your touch
Nights get longer and it's hard to clutch
We're apart breaks my heart
Its all for the best girl, you're my world
In time my love unfurls
'Till then wait for you girl

Let me hear your voice
If we become honest, surely
We'll be able to understand each other
Please open your heart
Let me hear your voice
The path we have come is, for us, surely
An important STEP to that future

Note: (***) It means "because the weather has cleared up from the west, over there, the weather is fine already".

Sunday, March 28, 2010

BAGAIMANA MENGURAT DAN BERCINTA MENURUT ISLAM?!


1. Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

2. Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

3. Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

4. Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

5. Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.

6. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

7. Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

8. Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

9. Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

10. Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.