Sunday, March 28, 2010

BAGAIMANA MENGURAT DAN BERCINTA MENURUT ISLAM?!


1. Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

2. Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

3. Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

4. Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

5. Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.

6. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

7. Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

8. Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

9. Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

10. Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Saturday, March 27, 2010

60 MINIT UNTUK BUMI

Undi selamatkan bumi atau jadi mangsa pemanasan global

TIDAK perlu jeritan, laungan atau perarakan untuk memperjuangkan sesuatu agenda. Tahukah anda, satu langkah mudah mampu memberi perubahan besar dan mungkin boleh dianggap paling efektif? Inilah keunikan kempen Earth Hour yang giat dipromosikan ketika ini.

Seruan kempen Earth Hour amat mudah. Pada 28 Mac ini, mulai jam 8.30 malam, anda cuma perlu memadamkan suis lampu untuk tempoh sejam. Apa yang penting, ialah simbolik perbuatan ini serta mesej yang ingin disampaikan kepada pihak berkepentingan di seluruh dunia. Bagi individu yang menganggap perjuangan memelihara alam sekitar bukan tanggungjawab mereka, mungkin tidak terasa impak kempen ini. Namun, bagi insan prihatin dengan isu alam sekitar, Earth Hour pasti disambut baik.

Earth Hour adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan Tabung Alam Sedunia (WWF) pada setiap Sabtu ketiga bulan Mac. Melalui kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia. Kempen ini dipelopori WWF Australia dan akhbar Sydney Morning Herald pada 2007. Sejak itu, kempen ini semakin mendapat sokongan dunia hingga pada tahun lalu, sejumlah 50 juta penduduk dunia menyertainya.

Paling menarik, mercu tanda popular dunia seperti Golden Gate Bridge di San Francisco, Amerika Syarikat (AS); Colosseum di Rome; Sydney Opera House di Sydney, Australia dan papan tanda Coca Cola di Times Square di New York bergelap selama sejam. Pada penganjurannya tahun lalu, lebih 400 bandar dari tujuh benua mengambil bahagian. Dilaporkan, laman web rasmi Earth Hour menerima kunjungan lebih 6.7 juta pelawat kira-kira seminggu menghampiri Earth Hour. Enjin pencarian popular, Google juga menggelapkan laman webnya sebagai tanda sokongan.

Di Malaysia, kempen Earth Hour dilancarkan pada 16 Februari lalu. Ini adalah penyertaan pertama negara dalam misi membawa perubahan peringkat global ini. Rakyat Malaysia, baik individu, perusahaan, pemilik premis bangunan dan personaliti popular sama-sama berganding bahu bertindak mengatasi perubahan iklim dunia. Antara pihak yang turut terbabit dalam penganjuran kempen pertama di Malaysia ialah Menara Kuala Lumpur, World Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia dan agensi pengiklanan, Leo Burnett.

Seiring isu pemanasan global yang kerap diperkatakan, Earth Hour 2009 bakal mencatat sejarah kerana membabitkan proses pengundian pada skala besar penduduk dunia. Inilah julung kali, penduduk dunia tanpa mengira usia, keturunan, etnik dan agama berpeluang mengundi dengan hanya memadamkan suis lampu yang berfungsi bagai kertas undi. Melalui kempen ini, pengundi bebas memilih untuk memadamkan lampu jika mahu menyelamatkan bumi atau membiarkan ia bernyala jika memilih bumi terus menjadi mangsa pemanasan global. Semua ini perlu dilakukan dalam tempoh sejam.

WWF mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference), di Copenhagen, Denmark, tidak lama lagi. Persidangan itu bakal menentukan polisi kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman pemanasan global menggantikan Protokol Kyoto. Inilah peluang bagi penduduk dunia menyatakan suara hati mereka.

Penganjur Earth Hour 2009 mensasarkan satu bilion penyertaan penduduk dunia. Undi yang diberi kepada bumi adalah seruan kepada penduduk dunia melakukan sesuatu demi menjamin masa depan planet ini. Mengikut laporan yang dikeluarkan WWF tahun lalu, kesan pemanasan global sekarang lebih cepat berkembang daripada apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.

Sebagai penghuni bumi yang prihatin, apa kata padamkan lampu anda bagi tempoh sejam mulai jam 8.30 malam 28 Mac ini.

Sebaik memulakan langkah pertama, banyak lagi perkara lain yang anda boleh lakukan. Antaranya, mendaftar dengan penganjur Earth Hour. Anda akan menerima tip dan panduan berguna dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida dalam kehidupan seharian. Maklumat ini kemudian boleh disebarkan kepada keluarga dan kenalan.

Selain itu, individu yang mendaftarkan diri boleh berkongsi cerita mengenai kesan perubahan iklim kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta bagaimana setiap orang boleh menyumbang. Sehubungan itu, semua pihak termasuk jejaka macho yang masih memiliki rasa sayang terhadap bumi, boleh menyokong kempen Earth Hour dengan melayari laman web www.earthhour.org/malaysia. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai penduduk dunia yang prihatin!

INFO:

* Menurut WWF Thailand, bandaraya Bangkok dapat mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 73.34 megawatt bersamaan 41.6 tan karbon dioksida pada Earth Hour tahun lalu.

* Toronto, Kanada menjimatkan 900 megawatt elektrik dalam sejam.

* Ireland berjaya mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 1.5 peratus pada malam itu.

* Di Dubai, lampu yang menerangi kebanyakan kawasan dipadamkan manakala lampu jalan dimalapkan hingga 50 peratus. Hasilnya, 100 megawatt sejam elektrik dijimatkan.

TAHUKAH ANDA?

INI ADALAH FAKTA BENAR.

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca koleksi terbaik ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. HIHIHIHIHIHI…..Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya


TAHUKAH ANDA BERAPAKAH UMUR BUMI atau DUNIA?


Pernahkah soalan ini terlintas difikiran anda? Sekiranya ada ini bermakna anda adalah seorang yang kuat sifat ingin tahu. Manakala bagi anda yang tidak pernah terfikir walau sedetik pun dalam hidup anda. Jangan terasa kerana disini anda akan mendapat jawapannya dan tidak akan rugi seandainya anda meluangkan sedikit masa dari 24 jam dalam hidup anda. Malah anda akan kagum dan terkejut dengan jawapannya.

Ketika Nabi Musa a.s. bermunajat kepada Allah s.w.t di bukit Thursina, beliau sempat mengajukan beberapa pertanyaan kepada Allah. Allah menjawab, bahawasanya Dia pertama-tama menciptakan Nur Muhammad. Dari Nur Muhammad itu Allah menciptakan Durratul Baidha'. Selanjutnya, dari Durratul Baidha' itu Allah menciptakan tujuh puluh ribu planet angkasa, yang masing-masing luasnya tujuh puluh kali luas bumi.

Setiap planet berpenghuni 70,000 - dari bangsa manusia, malaikat dan jin. Allah menciptakan semua itu hanya dengan kalimat "Kun Fayakun!". Dan mereka beribadah kepada Allah selama 70,000 tahun. Tetapi, akhirnya mereka mendurhakai Allah, sehingga Allah membinasakan mereka,

Kemudian, Allah menciptakan 80,000 planet yang masing-masing luasnya sepuluh kali luas bumi, terletak di lapisan langit. Di situ Allah menciptakan jenis unggas pemakanan tumbuhan. Namun, akhirnya unggas itu punah. Lalu, Allah menciptakan 20,000 manusia yang berasal dai cahaya. Lambat laun makhluk itu punah.

Selang tujuh puluh ribu tahun, Allah menciptakan Qalam, Lauhil-Mahfuzh, Arsy, Kursi dan Malaikat. Tujuh puluh ribu tahun kemudian Allah menciptakan syurga dan neraka. Setelah penciptaan syurga dan neraka itulah Allah menciptakan manusia pertama, iaitu Adam. Setelah 10,000 tahun dari Adam yang pertama tersebut Allah menciptakan Adam kedua. Begitulah seterusnya, setiap 10,000 tahun Allah menciptakan Adam, hingga berjumlah 10,000 Adam - setiap Adam mempunyai keturunan dan umat. Dan Adam leluhur Nabi Musa a.s juga leluhur kita itulah yang ke sepuluh ribu.

Begitulah penjelasan buku Awal Mula penciptaan Langit dan Bumi, karangan Allamah Syaikh Nuruddin Ali. Muslimin yang berbahagia. Jika penjelasan di atas kita renungkan, akan terbukalah mata, hati, dan imaginasi kita, bahawa dunia yang kita pijak sekarang ini berumur sangat tua. Betapa tidak, Allah menciptakan setiap Adam sampai anak keturunannya yang terakhir dalam jangka masa 10,000 tahun, hingga Adam yang ke sepuluh ribu.

Penemuan tengkorak manusia di Jawa oleh arkeologi, yang diperkirakan berumur 300,000 tahun belumlah memuaskan kita. Pembuktian itu masih jauh dari kebenaran yang diyakini oleh Islam.

Untuk memperkuatkan keterangan di atas, pemimpin kita Nabi Muhammad s,a,w pernah mengisahkan pengalamannya selamat berIsra' Mi'raj. Di tengah perjalanan, Rasulullah mendengar seorang wanita tua yang cantik memanggil-memanggilnya. Wanita itu mengenakan pakaian indah dan perhiasan emas berlian yang gemerlapan. Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibrail, siapa gerangan wanita tersebut. Jibrail menjawab bahawa wanita tua itu adalah dunia.

Kalau kita jujur, benarlah ucapan Jibrail itu. Dunia tempat kita berpijak ini semakin tua rasanya kian indah dan cantik! Di mana-mana orang giat membangun, mencari pendekatan terbaik dan terhebat. Mereka tidak sedar, bangun dalam bahasa Arab bererti Kiamat. Bererti, secara tidak sedar pula manusia semakin sibuk menghias diri untuk menyongsong datangnya kiamat. Perilaku manusia yang seperti itu memang merupakan petanda akan segera tibanya akhir zaman, selain tanda yang sudah digariskan oleh Allah dengan mengutus Nabi akhir zaman, Muhammad bin Abdullah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.. Ada yang berhubung dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.

Amat tidak sopan atau tidak beradab orang yang langsung sahaja mengemukakan satu keinginan, sebelum dengan tulus ikhlas dia mengakui kemuliaan daripada tempatnya memohon. - HAMKA-


10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Bila Ditahan Polis


Mungkin anda pernah berhadapan dengan situasi yang menggabrakan hati sanubari anda, Terutamanya apabila berhadapan dangan bapak-bapak polisi, ditahan dan dihujani dengan soalan-soalan yang mengecutkan perut. Ditambah lagi dengan misai ala-ala Insp. Galak dan air muka yang bengis semacam.

Bagi menghadapi situasi sebegini terdapat beberapa 10 tips sekiranya ditahan polis:

1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.

4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.