Saturday, April 3, 2010

Obses PC Games: Manusia Semakin Gila!..


Manusia semakin gila! Itulah kata-kata yang bisa dilontarkan kepada penggemar-penggemar permainan PC games sehingga sanggup mengeluarkan $400 untuk membeli permainan yang berjudul Starcraft II. Kita biasa kedengaran PC games seperti counter strike, half life dan sebagainya tetapi tidaklah harga menelan sedemikian rupa. Paling koman pun mencecah hampir puluh-puluhan. Itupun sudah dikira agak mahal.

Namun bagi mereka yang terlalu obses kepada permainan ini tentu melihat jumlah yang sebegitu tidak terlalu besar kerana bagi mereka kepuasan terhadap permainan itu adalah lebih penting. Starcraft II jika dilihat sebenarnya masih belum menjengah ke pasaran jualan. PC games ini masih dalam tempoh percubaan dan hanya boleh diakses oleh sekumpulan yang mempunyai kod beta sebagai tester kepada permainan tersebut.

Namun terdapat sesetengah pihak telah menjual permainan ini di laman lelong dan sambutannya cukup menggalakkan sehingga tester kepada permainan tersebut juga terpaksa membayar sekiranya ingin mengakses permainan itu. Akibatnya Blizzard yang merupakan pemilik kepada Starcraft II ini terpaksa menutup akaun beta walaupun belum tiba masa jualannya.

Fanatik kaki-kaki PC games ini juga telah membawa jualan yang cukup hebat apabila syarikat ini berjaya menjual hampir 10 juta unit sejak 1998 melalui Starcraft keluaran pertamanya dahulu. Sambutan yang paling hangat ditunjukkan di Korea Selatan apabila mengadakan pertandingan secara besar-besaran terhadap permainan ini.


Lain pula isunya di Bangkok apabila seorang pemuda nekad untuk membunuh seorang pemandu teksi berusia 50 tahun. Pemuda ini ketika dibicarkan mengaku melakukan aksi itu kerana meniru aksi adegan permainan komputer, Grand Theft Auto (GTO). Ini juga merupakan salah satu permainan terlaris di dunia. Isu yang sama terjadi apabila seorang pemuda di Ohio menembak mati ibunya. Perbuatan ini juga diklasifikasikan sebagai terpengaruh dengan permainan video games yang berjudul Halo 3.



Sememangnya permainan video games ini cukup menghiburkan sehingga menyebabkan kita lalai. Kadang-kadang kerana bermain permainan ini, seseorang lupa tanggungjawab sebagai seorang Muslim seperti beribadah, beriadah dan bermasyarkat. Kadang-kadang sanggup bersengkang mata untuk bermain permainan ini. Begitulah hebatnya permainan video ini yang dikatakan mampu dijadikan sebagai suatu medan untuk menghilangkan tekanan bagi sesetengah orang. Jadi bagaimana pula jika ada seseorang datang kepada anda untuk mengutip derma mendirikan rumah-rumah anak yatim, masjid dan surau. Sanggupkah anda membayar sebanyak itu!..

Dipetik dari Majalah Al-Islam isu April 2010

No comments:

Post a Comment